some time, it is good to be alone. but that doesn't make us lonely.

Thursday, February 3, 2011

PUTERI IDAMANKU

puteri idamanku adalah seorang wanita yang beriman,yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,yang jiwanya penuh penghayatan terhadap islam,yang sentiasa dahagakan pahala,yang solatnya adalah maruah dirinya,yang tidak pernah takut berkata benar,yang sentiasa bersama golongan yang berjuang di jalan Allah,
puteri idamanku adalah wanita yang menjaga tutur katanya,yang tidak pernah bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,yang tidak pernah bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,yang mempunyai ramai kawan dan tida mempunyai musuh,
puteri idamanku adalah wanita yang menghormati ibunya,yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarganya,yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,yang akan mendidik anak-anaknya ilmu duniawi dan ukhrawi,yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaankerana baginya dunia adalah mahligai, persinggahan sementara menuju akhirat
puteri idamanku sentiasa bersedia menjadi srikandi islam,yang hidup di bawah naungan al-quran dan mencontohi akhlak RabiatulAdawiyah,yang boleh diajak berbincang dan berbicara,yang menjaga matanya daripada berbelanja,yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya,
puteri idamanku tidak pernah membazirkan masa,matanya kepenatan kerana penat membaca,suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir,tidurnya lena diulit oleh sinar keimanan,bangun subuh dengan penuh kecergasan kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan,
puteri idamanku sentiasa mengingati mati,yang baginya dunia adalah ladang akhirat,yang mana buah kehidupan perlu dijaga dan dibaja,agar kelak berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik,meneruskan perjuangan islam sebelum hari kemudian,
puteri idamanku adalah wanita,yang tidak terpesona dengan buaian dunia,kerana dia mengimpikan syurga nan abadi,di situlah mahligai kasih idamannya,dan dia akan membawa daku bersamanyadialah PUTERI IDAMANKU..,moga aku akan dipertemukan dengannya..,
insya-ALLAH...